Adakah Anda sudah Qadha' Puasa?

Ding.. Dong..

Hari ni 21 Jamadil awal, lebih kurang tinggal 3 bulan jer lagi sebelum ramadhan menjengah kita utk tahun ni. 3 bulan jer lagi untuk mama struggle qadha @ ganti puasa yg tertinggal, Mama pun dah lupa, seingat mama kene ganti dalam 20++ hari, just for safe side, mama azam utk puasa ganti selama 30 hari.

Ingat nak puasa Isnin - Khamis tp rasa mmg x dan lah kalau nak habiskan 30 hari tuh.. So mama kene puasa masa hri kerja, heheh kat umah tuh, kalau weken kang, kesian lah iman+amir, mama takut x larat nak layan nanti. Plus, puasa masa abah ONWEEK lah kan..

Tahun lepas, mama kene bayar denda @ fidyah, last time mama bayar di Pusat Zakat WPKL kat Kg. Baru.

Tariff @ Caj fidhyah untuk 1 hari ialah bersamaan 1 cupak beras atau bersamaan 700 gram Beras. Tapi kalau di Pusat Zakat WPKL nilai ialah = 1/4 dari nilai Zakat Fitrah pada tahun berkenaan, Alasan yan munazabah ialah maan ade org mkn nasi jer, mesti makan dgn lauk betul x?

Fidhyah yang dibayar boleh digandakan sekiranya puasa tersebut tidak berganti sehingga ramadhan yang akan datang.

Fidhyah ni sebenarnya boleh dibayar terus kepada asnaf yang sepatutnya, cuma untuk memudahkan urusan , ianya juga boleh dibayar di pejabat pungutan zakat.


Golongan Yang Dikenakan Fidyah


1. BAYAR FIDYAH SAHAJA
KADAR FIDYAH
- Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh (1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa)

- Orang yang telah meninggal dunia(hendaklah disempurnakan oleh waris si mati) 1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa

2. BAYAR FIDYAH DAN QADHA PUASA
KADAR FIDYAH
- Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnya
1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan

- Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air susu
1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan

- Melambatkan qadha puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadhan tahun berikutnya
1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa(jumlah bayaran fidyah akan berganda mengikut tahun yang ditinggalkan) dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan

So kepada sesapa yang masih belum ganti puasa.. jom kita puasa sama-sama, baru ada semangat!!

Sapa nak calculate jumlah Fidhyah.Klik Kalkulator Fidhyah.

No comments:

Post a Comment

Copyright © Hal Kami Ajer - Blogger Theme by BloggerThemes | Blogger Templates