Emas dan Mek Kelate
Kebanyakkan mek kelate mmg suka akan emas, Ehh.. ada ke yg x suka emas?? aku la tuh..
actually, last week kami balik kelantan disebabkan aku kene sttend kursus di Kelantan, maka kami pun ambil kesempatan utk duduk di rumah Ma (Ma adalah panggilan utk ibu mertua ku).
Ma dan Abah mmg berniat nak belikan jewellery for iman, yelah kan anak pempuan.. so kami pun pegi kedai emas yg besa ma pergi.. actually aku dah survey kat area kl, besalah kat kl nie, masuk2 habib, tomei, S. Wan, Seri pinang.. rata2 corak dia besa2 jer..
Di Kelantan emas ditimbang 1ya berat (1 riyal.. heheh mcm tuh kot bunyi dia).. which equivalent to 2.75 g. Upah di Kelantan agak mahal sikit berbanding di KL, katanya sebab handmade, and mama akui kualiti nya very fine..Surprisingly, masa mama nak beli hari tuh, 1g emas turun gila2, 1 g emas masa tuh RM 119 which jauh giler murah comapre masa kitaorg survey dulu RM 143, some places give u off about RM 5/gram.. Mama tanyakan kenapa disini murah..so ini reason diberikan
Opertaion Cost:
- xyah hire security guard
-xyah hire pekerja utk layan customer, normally tokei sendiri yg layan korang
tokei tuh siap kata1 bulan operation cost equal to 3 thn operation cost di Kelate.. ha.. amik ko!!
dan rupa2nya, ramai yg setuju, sebab ramai yg sanggup beli emas di kelate sebab quality nye...
Rahsia Kecantikan Juma dan Fazlun Abas
Juma appear in NONA as special guest, and ada yg tanya rahsia menjaga kecantikan, yelah kan dia ni mmg cantik, ayu, alahaiiii.. and dia cakap selain jaga pemakanan balance food (JAWAPAN STENDED..) pakai produk yg sesuai ..heheh juma guna SKII, yelah dah dia nih mesti x tau nak guna duit tuh wat per kan.. heheh.. and dia kata Dia mmg amalkan SUPPLEMENT.. untuk kesihatan diri dan juga kulit...
Fazlun Abas pulak appear as cover girl dlm majalah ..(lupalah nama magazine tuh).. dia pun mengakui dia amalkan supplement to keep her skin gloomy and health...
Dan Supplement ini membantu untuk diri mendapatkan kesihatan optimum.. InsyaAllah
Kenapa Saya BF?
Almost 14 months,.. alhamdulliah Allah masih beri ruang dan peluang kepada mama utnuk BF Iman.
Ramai yg bertanya masih BF? Kan dah setahun lebih..?
Banyak susu?
Mama bukan ank mendabik dada kerana dapat menyusukan iman hingga sekarang, cuma teruja untuk berkongsi kenapa mama still bfkan iman..
Kenapa Mama still BF Iman?
1. Allah suruh
Dalam alquran Allah dah pesan utk susukan anak-anak sehingga 2 tahun, tp Allah juga beri kelonggarn untuk sekiranya putuskan susu.. (Al-Baqarah) credit to MamaMUzz
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
2. Elak PEnyakit dan penahan sakit
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yan gmerangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
3. Bonding
Apabila ibu menyusukan si anak, badan ibu akan mengeluarkan satu hormon yang akan emmbuatkan sibu lebih rasa sayang kepada si anak.. bukan mak yg FM x sayang, cuma bila BF, anak tuh akan rasa sentuhan kulit dan bau badan si ibu, jadi tuh bayi akan teriingat2 dan senang kenal ibunya..
4. IQ tinggi
Anak yang menyusu akan lebih cenderung untuk mempunyai IQ tinggi sebabnya dalam susu ibu itu lengkap dengan DHA, antibodi, SA AA dan pelbagai A A nya.. sebab tuh dekat tin FM akan tulis susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi, FM sekarang membuat ujian untuk formulized kandungannya menyerupai BM sebab tuh ditambahakan DHA pelbagai tuh, dan juga susu yg banayk tambahan DHA AA nie harga nya jauh mahal berbanding susu yg kurang nilai tambahan nie...
5. Akhlak Baik
Bukanlah bermaksud anak minum FM x baik, cuma bila anak minum BM, nie akan dekat dengan ibunya, secra x langsung, akan berasa sayang dan taat kepada ibunya.. apa=apa pun kita perlu berdoa untuka anak-anak kita jua.. ini semua kerja tuhan kita usaha dan tawakkal, sebab tuh Allah pelihara Nabi Muhammad, .. kan Nabi ada ibu susuana, Halimatussaadiah..
6. Nak kurus dengan cepat dan mudah
Susu ibu diketahui keistimewaan dan kelebihannya. Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak. Kecutkan rahimMenyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
Macamana pun ibu, perlu jaga pemakanan , no oily food, dan juga bergantung kepada individu, perlu juga untuk mengambil balance diet...supaya badan memebakar lemak yg dah terkumpul lama 9 bulan kat badan si ibu...
K**P S**M Treatment
Then Mama strat wat treatment dgn berat 58.1 kg, sebenarnya selain tratment, kita juga disuruh utk jaga food..
Masa wat 1st treatment tuh, tgh wat, dia promo ampoulse yg rege RM 150 sebotol seconet jari kelingking, 1 set ada 10 botol = RM 1500.. dlm hati cakap gak, ini nak tekan aku lah ni.. mama x amik pun amp ni.. balik terus sapu krim halia+ sirih emas yg dekat setahun x pakai tuh, bengkung bagai...
2nd treatment, berat aku turun 500g jer, benagng gak aku, then the dietician dtg, advise aku wat detox (ginger) boleh turun immediate dia kata, nie x masuk pacakage.RM 280/sesi, siap dia promo utk 10 sesi plus bg discount, then aku dah rasa mcm tertipu jer ni..aku amik gak sesi ni.. inagt urut bagai, rupa-rupanya setakat sapu- sapu gitu jer kat badan then wrap dgn hot blanket.. dia promo lagi amp yg ni lain lak ada ginger kali ni kasi muarah sikit sebab aku amik treatment ginger ni RM 100.. tp aku dlama hati kata (ko jgn amik, keras hati sket) then aku ckp x naklah amik..
3rd treatmetn, aku teruskan dgn infra red treatment, samapai sekarang nia ku rasa mcm malaas jer nak teruskan, sebab kene diet, which aku rasa kesiankan iman yg still bf. tp lepas discuss dengan abah amiriman dia kata teruskan, sebba dah bayarkan, actually kita boleh minta tangguhkan teratment ni dlm tempoh setahun just in case kita ter pregnant dlm tempoh treatment tuh...
Takpelah, aku still pagi, so nanti akuuupdatekan treatment yg seterusnya.
Tp
- Jgn tertipu dngan pakej yg kita nampak macam murah (actaully lotion, teh, fibre kene beli sendirik)
- Kekadang pakej tuh hanya utk certain scope, maybe utk pecahkan lemak jer, peshape lain pakej
So pikirlah dulu yer, lainlah kita artis, sukalah org nak taja2kita nie, tp kalau setakat ade budget <5K, aku rasa x payah.. just amik diet yg betul, exercise@ BF,amik fibre, amik lecithin.. xpayah nak berabis duit..
Iman Dah Boleh Jalan!!
Mama, tolong Iman, Iman takut..
- Gigi
- Jalan
- Motor Skill
Social Skill
- Size Baju
Adakah Anda sudah Qadha' Puasa?
Hari ni 21 Jamadil awal, lebih kurang tinggal 3 bulan jer lagi sebelum ramadhan menjengah kita utk tahun ni. 3 bulan jer lagi untuk mama struggle qadha @ ganti puasa yg tertinggal, Mama pun dah lupa, seingat mama kene ganti dalam 20++ hari, just for safe side, mama azam utk puasa ganti selama 30 hari.
Ingat nak puasa Isnin - Khamis tp rasa mmg x dan lah kalau nak habiskan 30 hari tuh.. So mama kene puasa masa hri kerja, heheh kat umah tuh, kalau weken kang, kesian lah iman+amir, mama takut x larat nak layan nanti. Plus, puasa masa abah ONWEEK lah kan..
Tahun lepas, mama kene bayar denda @ fidyah, last time mama bayar di Pusat Zakat WPKL kat Kg. Baru.
Tariff @ Caj fidhyah untuk 1 hari ialah bersamaan 1 cupak beras atau bersamaan 700 gram Beras. Tapi kalau di Pusat Zakat WPKL nilai ialah = 1/4 dari nilai Zakat Fitrah pada tahun berkenaan, Alasan yan munazabah ialah maan ade org mkn nasi jer, mesti makan dgn lauk betul x?
Fidhyah yang dibayar boleh digandakan sekiranya puasa tersebut tidak berganti sehingga ramadhan yang akan datang.
Fidhyah ni sebenarnya boleh dibayar terus kepada asnaf yang sepatutnya, cuma untuk memudahkan urusan , ianya juga boleh dibayar di pejabat pungutan zakat.
Golongan Yang Dikenakan Fidyah
1. BAYAR FIDYAH SAHAJA
KADAR FIDYAH
- Orang yang uzur sama ada orang tua yang tidak mampu berpuasa atau orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh (1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa)
- Orang yang telah meninggal dunia(hendaklah disempurnakan oleh waris si mati) 1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa
2. BAYAR FIDYAH DAN QADHA PUASA
KADAR FIDYAH
- Perempuan mengandung yang dikhuatiri berlaku bahaya kepada anak yang dikandungnya
1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
- Perempuan yang menyusukan anak kerana dikhuatiri berlaku kekeringan air susu
1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
- Melambatkan qadha puasa sehingga telah melangkah ke bulan Ramadhan tahun berikutnya
1 cupak X hari yang ditinggalkan puasa(jumlah bayaran fidyah akan berganda mengikut tahun yang ditinggalkan) dan menggantikan bilangan hari puasa yang ditinggalkan
So kepada sesapa yang masih belum ganti puasa.. jom kita puasa sama-sama, baru ada semangat!!
Sapa nak calculate jumlah Fidhyah.Klik Kalkulator Fidhyah.