Apa patut dibaut oleh Anak bila Parents Meninggal??

Hari tuh mama tgk satu rancangan Bicara kifayah hosted by Dato' Hassan Din Alhafiz - Bicara Kifayah.

Dalam Islam ada 2 fardhu - Fardhu ain dan Fardhu Kifayah. Fardhu ain adalah wajib dilakukan oleh setiap indivivdu, tetapi fardhu kifayah adalah tanggungjawab dalam masyarakat yang andai dilakukan oleh seoranag pun, maka sekelompok masyarakt itu telah diangkat dosanya, tetapi andai tiada seorang pun yang melakukannya maka seluruhnya adalah berdoasa.. sungguh takut bukan. cth Fardhu kifayah, adalah membuka kedai untuk org muslim, dan contoh paling senang adalah MENGURUSKAN JENAZAH.

Masyarakt kita hari ini selalunya apabila hal kematian ini barulah gi cari pak imam, tok bilal..paling sadis dlm rancangan itu, adalah bila siwaris sendiri pun x tau umah pak imam kat ner.

Apa yang patut dibuat oleh WARIS??
  • Rapat/Tutup apa yang terbuka

Andaikata si arwah matinya dalam keadaan mata terbuka, mulut terbuka, maka hendaklah dilurutkan keloak mata hingga tertutup dan mulut ditutup dengan cara mengikatkan/mengikat kain dikepala supaya mulutnya tertutup.

  • Tanggalkan benda palsu

Andaikata simati ada memakai benda palsu, hendaklah ditanggalkan/dibuka, tetapi andai sudah bercantum dgn daging biarkan sahaja supaya tidak menyiksa si arwah td. Kalau siarwah ada memakai pengilatkuku, hendaklah dikikis kukunya suapay, air mandi jenazah tadi akan kene pada kulitnya.

  • Tanggalkan pakaian

Tanggalkan pakaian dan selimutkan si mati dan kalau boleh kaki mengadap ke arah kiblat. Letakkan tangannya seperti kita solat.

  • Mewarkan berita kematian

Adalah wajib untuk si waris mewar-warkan berita kematiannya supaya sebarang hutang/atau tuntutatan boleh diminta kepada keluarga simati.

Adalah harus sebenarnya jika simati adalah suami/isteri, yang harus memandikan adalah pasangannya, kerana jika ada terdapat kudis/kusta di punggung, takut menjadi bualan/fitnah kepada simati atau keluarga simati.

abah dan anak-anak mama,
Andai mama dipanggil tuhan dahulu, tiada apa yang mama minta selain mandikan dan imamkan solat jenazah untuk mama. Tolonglah buat kebaikan untuk mama, alfatihahkan mama setiap hari.

Okalh itu sahaja untuk hari nie nanti kita sambung lagi.

No comments:

Post a Comment

Copyright © Hal Kami Ajer - Blogger Theme by BloggerThemes | Blogger Templates