Almost 14 months,.. alhamdulliah Allah masih beri ruang dan peluang kepada mama utnuk BF Iman.
Ramai yg bertanya masih BF? Kan dah setahun lebih..?
Banyak susu?
Mama bukan ank mendabik dada kerana dapat menyusukan iman hingga sekarang, cuma teruja untuk berkongsi kenapa mama still bfkan iman..
Kenapa Mama still BF Iman?
1. Allah suruh
Dalam alquran Allah dah pesan utk susukan anak-anak sehingga 2 tahun, tp Allah juga beri kelonggarn untuk sekiranya putuskan susu.. (Al-Baqarah) credit to MamaMUzz
Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.
Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada).Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya).
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut.Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.
2. Elak PEnyakit dan penahan sakit
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yan gmerangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.
3. Bonding
Apabila ibu menyusukan si anak, badan ibu akan mengeluarkan satu hormon yang akan emmbuatkan sibu lebih rasa sayang kepada si anak.. bukan mak yg FM x sayang, cuma bila BF, anak tuh akan rasa sentuhan kulit dan bau badan si ibu, jadi tuh bayi akan teriingat2 dan senang kenal ibunya..
4. IQ tinggi
Anak yang menyusu akan lebih cenderung untuk mempunyai IQ tinggi sebabnya dalam susu ibu itu lengkap dengan DHA, antibodi, SA AA dan pelbagai A A nya.. sebab tuh dekat tin FM akan tulis susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi, FM sekarang membuat ujian untuk formulized kandungannya menyerupai BM sebab tuh ditambahakan DHA pelbagai tuh, dan juga susu yg banayk tambahan DHA AA nie harga nya jauh mahal berbanding susu yg kurang nilai tambahan nie...
5. Akhlak Baik
Bukanlah bermaksud anak minum FM x baik, cuma bila anak minum BM, nie akan dekat dengan ibunya, secra x langsung, akan berasa sayang dan taat kepada ibunya.. apa=apa pun kita perlu berdoa untuka anak-anak kita jua.. ini semua kerja tuhan kita usaha dan tawakkal, sebab tuh Allah pelihara Nabi Muhammad, .. kan Nabi ada ibu susuana, Halimatussaadiah..
6. Nak kurus dengan cepat dan mudah
Susu ibu diketahui keistimewaan dan kelebihannya. Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak. Kecutkan rahimMenyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.
Macamana pun ibu, perlu jaga pemakanan , no oily food, dan juga bergantung kepada individu, perlu juga untuk mengambil balance diet...supaya badan memebakar lemak yg dah terkumpul lama 9 bulan kat badan si ibu...
No comments:
Post a Comment